loading...

Saturday, October 15, 2011

Tak Sempat Solat Jumaat



KOTA BHARU - Hajat dua beradik untuk menunaikan solat Jumaat di masjid Kampung Baung, dekat sini, tidak kesampaian apabila keduanya parah dalam kemalangan petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.20 petang itu menyebabkan motosikal yang ditunggang Ridzuan Shamsudin, 29, gagal dikawal apabila tayar bahagian belakang motosikal lasak jenis Demak itu pecah dan menyebabkan adiknya, Hafiz Shamsudin, 23, turut parah dalam kejadian itu.

Dipercayai kedua-dua mangsa tercampak di bahagian pembahagi jalan yang menyebabkan Hafiz cedera parah di bahagian kepala manakala Ridzuan cedera di bahagian tangan dan kaki.

Menurut isteri Ridzuan, Azrin Adrina Mohd Zawawi, 18, dia menerima panggilan kira-kira jam 1.30 petang daripada suaminya mengatakan mereka berdua terlibat dalam kemalangan.

“Suaranya perlahan tetapi sempat berpesan kepada saya untuk menyuruh ayah Mohd Zawawi Daud, 57, meminta bantuan ambulans.

“Tidak sampai beberapa minit, dia terus matikan panggilan dan saya cuba telefon ayah tetapi tidak berjawab kerana dia sedang menunaikan solat Jumaat,” katanya.

Sementara itu, menurut ibu mangsa, Fatimah Ismail, 58, dia hanya menerima berita anak ketiga dan keempat daripada lima beradik itu terlibat kemalangan melalui seorang ahli keluarganya.

“Terkejut menerima berita mengenai kemalangan itu, kerana sebelum kejadian mereka ada berborak di luar berbincang mengenai perlawanan bola sepak malam ini (semalam) antara Kelantan dan Terengganu.

“Semasa mereka berada di ruang tamu makcik sedang memasak di dapur tetapi selepas keluar makcik lihat keduanya tiada di ruang tamu dan anak bongsu makcik mengatakan mereka sudah pun keluar untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat,” katanya.

Fatimah berkata, motosikal yang ditunggang Ridzuan merupakan pemberian bapa mertuanya.

Pemberian itu digunakan sebagai kenderaan untuk memudahkan dia menjalankan urusan perniagaan katering yang diusahakan sejak sekian lama.

“Dia baru tiga bulan mendapat motosikal itu daripada bapa mertuanya dan pada hari kejadian (semalam) dia pulang ke rumah menziarahi saya dan adik beradiknya yang lain kerana dia kini menetap di Wakaf Baru, Tumpat bersama isterinya.

“Setakat ini (semalam) Hafiz belum sedarkan diri manakala Ridzuan masih boleh bercakap tetapi dalam keadaan lemah,” katanya ketika ditemui di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Sumber: Sinar Harian

3 comments:

  1. Salam, Hafiz telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 7.50 pg tadi..Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah, semoga ia dikira sebagai mati syahid dalam perjalanan menegakan rukun Islam yang ke 2 dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, amin

    ReplyDelete
  3. Amin,moga2 begitulah..terima kasih.
    Masih terbayangkan arwah ketika di ICU..ingtkan dapat bersua lg raya haji nanti,apakan daya Allah lebih menyayangi Hafiz,hanya pusara dpt diziarahi..semoga arwah bahagia di sana bersama ayahnya.Amin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my